Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77
09 September 2020

​YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat julung kalinya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 9 September 2020.

 

Mesyuarat tersebut telah dihadiri Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri KeTSA YB Tuan Ali Biju, Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan yang berkaitan serta Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri.

 

Mesyuarat Majlis Tanah Negara diadakan selaras dengan kehendak Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan.

 

Antara perkara yang dipersetujui dalam MTN ke-77:

- Pelaksanaan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memperkukuh penguatkuasaan dan meningkatkan hukuman.

- Inisiatif kewangan REDD Plus bagi mendapat sumber dana swasta. Dana akan disalurkan ke Kerajaan Negeri bagi pengurusan sumber hutan yang berkekalan.

- Pewujudan semula Majlis Mineral Negara bagi menggerakkan usaha membangunkan sektor mineral.

#KeTSA

#MTN

#MajlisTanahNegara

 

 

 

Attachments